Penggunaan Peruntukan Zakat Bagi Tujuan Pembinaan dan Penyelenggaraan Masjid di Bawah Kategori Asnaf ‟Fi Sabilillah”
DOI:
https://doi.org/10.53840/ijiefer7Keywords:
Zakat, Fi Sabilillah, MasjidAbstract
Masjid adalah institusi penyatuan umat Islam yang merupakan mihrab dan pusat ibadah yang tidak hanya tertumpu kepada aktiviti solat berjemaah sahaja, tetapi masjid juga merupakan pusat pentarbiyahan, penyebaran dakwah dan amat sinonim dengan pusat pengumpulan derma, sedekah, zakat dan wakaf daripada ahli kariah dan sesiapa sahaja yang mengunjungi masjid tersebut. Kewujudan sumber dana berterusan yang diterima oleh pihak masjid yang diberi kebenaran khas untuk membuat kutipan oleh Majlis Agama Islam Negeri-Negeri membuktikan bahawa sistem pengurusan dana masjid hakikatnya adalah tersusun dengan pantauan pihak berkuasa negeri. Agihan dana Zakat perlu diberi aulawiyat/keutamaan kepada asnaf-asnaf mengikut kedudukannya di sisi syarak selaras dengan Maqasid Syariah dan hikmah pensyariatan zakat kepada seluruh umat Islam. Fokus kajian ini adalah tertumpu kepada takrifan asnaf ‟Fi Sabilillah” bagi memastikan objektif dan prinsip agihan Zakat sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak adalah dipatuhi sewajarnya berdasarkan Maqasid Syariah yang digariskan oleh para fuqaha’ terdahulu. Selain itu, kajian ini juga menilai persamaan dan perselisihan pandangan ulama berkaitan takrifan asnaf ‟Fi Sabilillah” dalam konteks pengagihan Zakat serta menganalisa kesesuaian sumber dana bagi tujuan pembinaan, membaikpulih dan penyelenggaraan masjid melalui pilihan instrumen lain seperti wakaf dan sedekah.
The mosque is a Muslims’ unity institutions which is a mihrab and worship center that not only focuses on congregational prayers, but act as a center of preaching, propagation of da'wah and is synonymous with a collection center of charity, alms, zakat and waqf from the community and anyone who visited the mosque. The continuous funding sources received by the mosque was specially permitted to be collected by the State Islamic Religious Council proves that the mosque fund management system is essentially systematic under the supervision of the state authorities. The distribution of Zakat funds should be given aulawiyat / priority to the zakat beneficiaries ( asnaf) in accordance with Shariah requirements as well as in line with the Maqasid Syariah and the wisdom of zakat presciption to all Muslims. The focus of this study is on the definition of asnaf "Fi Sabilillah" to ensure the objectives and principles of Zakat distribution as prescribed by syarak are in accordance to the Maqasid Shariah outlined by the 'fuqaha'. In addition, this study also examines the similarities and disputes of the scholar’s view of the definition of asnaf "Fi Sabilillah" in the context of distribution of Zakat and analyzes the suitability of funds for the purpose of building, repairing and maintaining mosques through other instruments such as waqf and alms.
Downloads
References
Abduh,M. (1927). Tafsir al-Manar Jilid 1. Kairo: Dar al-Manar
Abidin,I. (2003). Radd al-Muhtar ala al-Dur al-Mukhtar, Jilid 2. Beirut: Dar al-Kutub al-
Ilmiyyah
Ahmad, J. (1957). Mahasin at-Takwil Jilid 7. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah
Ahmad, S. (2003). Nihayatul Muhtaj 6/155-156. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah
Al-Jauziyyah, I., & ‘Abd ‘Aziz, M. (1977). I’lam al-Muwaqqi’in ‘An Rabb al-‘Alamin.
Beirut: Dar al-Fikr.
Al-khin, M., Al-Bugho, M. & Asy-Syahaji A. (2008). Fiqh Manhaji Jilid 1. Malaysia:
Pustaka Salam
Al-Nawawi, 1/249. (2008). Al-Majmuk. Jeddah: Maktabah al-Irsyad
Al-Qaradhawi, Y. (2007) Fiqh al-Zakat. Beirut :Dar al-Irsa.
Al-Qaradawi, Y. (2007) Hukum Zakat. Beirut: Dar al-Irsa.
Al-Shatibi, & Ishak, A. (2005). Al-Muafaqat fi Usul al-Syariah. Beirut: Dar al-Kutub al-
Ilmiyyah.
Al-Thahawi. (2003) Ahkam al-Quran Jilid 2. Turki: Pusat Penyelidikan Islam (ISAM)
Anas, M. (1994). Mudawwanah Jilid. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah
Al-Zarqa’, & Ahmad,M. (1989). Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islami. Damsyiq: Dar al-Qalam
Az-Zuhaili, W., (2011). Fiqh Islami Wa Adillatuhu Jilid 3. Indonesia: Gema Insani.
Az-Zuhaili, W. (2017). Tafsir al-Munir juz 1. Indonesia: Gema Insani
Hj. Mohd Salleh, S. (2007). Manual Pengurusan Agihan Zakat” (Manual, Jabatan Wakaf,
Zakat dan Haji) Cet.1, Malaysia: JAWHAR.
Ibn Ali, S. (1983). Tuhfatul Muhtaj Bisharhil Minhaj. Kairo: Maktabah At-Tijariah Al-Kubro
Ibn Baz, A. (1992). Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawwi’ah. Riyadh: Al-Ri’asat al- Ammah li Idarat al Buhuth al-‘Ilmiyah
Ibn Qudamah. (1997). Mughni Jilid 2. Riyadh: Dar Alamul Kutub
Mustaffa, I., Abd. KAdir, H., Az-ziyyat, A. & An-Najjar, M. (2011) Mu’jam Wasith. Mesir: Maktabah Shurouq ad- Dauliyyah.
Sabiq, S. (2008). Fiqh Sunnah Kaherah :Dar Fath Lil `alami al-`Arabiy
Shaghir,S. & Shawi,H. (2011). Fatawa al-Qaffal. Saudi: Dar Ibn Qayyim
Sheikh al-Makhluf ,H. (1950). Fatwa Syariah Jilid 2. Mesir: Dar al-Ifta
Syeikh Syaltut,M. (1998). Aqidatan wa Syari’atan. Kaherah: Dar al-Syurook
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2018 Hairin Herlina, Farhan Akhnan, Nurul Balqis

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.







